Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia
Gelaran | Harimau Malaya Harimau Malaysia Skuad Kebangsaan | ||
---|---|---|---|
Persatuan | Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) | ||
Sub-konfederasi | AFF (Asia Tenggara) | ||
Konfederasi | AFC (Asia) | ||
Ketua jurulatih | Dollah Salleh | ||
Penolong jurulatih | Reduan Abdullah | ||
Kapten | Shukor Adan | ||
Kaps terbanyak | Soh Chin Aun (252)[1] | ||
Penjaring terbanyak | Mokhtar Dahari (125)[2] | ||
Stadium tuan rumah | Stadium Nasional Bukit Jalil | ||
Kod FIFA | MAS | ||
Kedudukan FIFA | 162 ▲ 4 (04 Jun 2015) | ||
Kedudukan tertinggi FIFA | 75 (Ogos 1993) | ||
Kedudukan terendah FIFA | 170 (April 2008) | ||
Kedudukan Elo | 148 | ||
Kedudukan tertinggi Elo | 49 (14 Disember 1978) | ||
Kedudukan terendah Elo | 169 (Oktober 2007) | ||
| |||
Antarabangsa pertama | |||
Malaya 2–3 Korea Selatan (Singapura; 13 April 1953)[3] | |||
Kemenangan terbesar | |||
Malaya 15–1 Filipina (Jakarta, Indonesia; 27 Ogos 1962) | |||
Kekalahan terbesar | |||
Malaysia 2–8 New Zealand (Kuala Lumpur, Malaysia; 16 November 1967) Thailand 6–0 Malaysia (Bangkok, Thailand; 1 Disember 1968) India 6–0 Malaysia (Singapura; 26 Ogos 1971) Maghribi 6–0 Malaysia (Ingolstadt, Jerman; 31 Ogos 1972) China 7–1 Malaysia (Bangkok, Thailand; 20 Disember 1978) Indonesia 6–0 Malaysia (B.S. Begawan, Brunei; 2 Ogos 1999) Oman 6–0 Malaysia (Seeb, Oman; 26 Mac 2015) Malaysia 0–6 Palestin (Kuala Lumpur, Malaysia; 16 Jun 2015) | |||
Piala Asia | |||
Kemunculan | 3 (Kali pertama pada 1976) | ||
Keputusan terbaik | Pusingan 1; 1976, 1980,2007 | ||
Piala AFF | |||
Kemunculan | 10 (Kali pertama pada1996) | ||
Keputusan terbaik | Juara; 2010 | ||
Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya olehPersatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan bola sepak Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti kepada pasukan bola sepak Malaya yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia.Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF ASEAN, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010. Pasukan ini juga mencipta rekod terbaik kedua apabila bergelar naib juara Piala AFF Suzuki 2014 apabila tewas agregat 3-4 kepada Thailand.
Pasukan bola sepak Malaysia digelar Harimau Malaya, Harimau Malaysia dan Skuad Kebangsaan. Gelaran Skuad Kebangsaantelah digunakan oleh media seperti New Straits Times dan Utusan sejak era 70-an.
Malaysia mempunyai ramai pemain ternama seperti pemain lagenda, Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari yang mengetuai Malaysia pada zaman keemasan semasa 1970-an hingga awal 1980-an. Sebelum itu, Raja Bola Malaysia, Abdul Ghani Minhat adalah pemain yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya pada 1950-an hingga awal 1960-an. Pada masa ini, Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol untuk Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina. Kemenangan 15-1 adalah rekod kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini. Untuk generasi terkini, Malaysia berjaya melahirkan 2 penjaga gol terbaik negara, iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) & Farizal Marlias. Manakala Malaysia berjaya melahirkan pemain tengah yang pakar dalam sepakan percuma, Safiq Rahim.
Di dalam Kedudukan Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah di dalam keluaran pertama perangkaan tersebut iaitu pada bulan Ogos 1993, pada tangga ke-75. Lawan utama Malaysia di pentas antarabangsa ialah negara jirannya, Indonesia dan Singapura, dan perlawanan-perlawanan sebelum ini di antara dua pasukan ini selalunya penuh dramatik.
Malaysia dan beberapa negara seperti Thailand adalah satu-satunya pasukan di pentas ASEAN yang tidak menggunakan pemain-pemain luar seperti Indonesia dan Singapura telah lakukan bagi pasukan kebangsaan mereka.
Dengan memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN, pasukan kebangsaan dikatakan adalah di antara pasukan yang paling berjaya di Asia Tenggara bersama-sama dengan Thailand,Singapura,Indonesia dan Vietnam.
Anugerah]
Sukan Asia | |||
---|---|---|---|
Gangsa | Jakarta 1962 | Pasukan | |
Gangsa | Tehran 1974 | Pasukan | |
Sukan Asia Tenggara | |||
Gangsa | Thailand 1959 | Pasukan | |
Emas | Myanmar 1961 | Pasukan | |
Gangsa | Myanmar 1969 | Pasukan | |
Perak | Malaysia 1971 | Pasukan | |
Gangsa | Singapura 1973 | Pasukan | |
Perak | Thailand 1975 | Pasukan | |
Emas | Malaysia 1977 | Pasukan | |
Emas | Indonesia 1979 | Pasukan | |
Perak | Filipina 1981 | Pasukan | |
Gangsa | Singapura 1983 | Pasukan | |
Gangsa | Thailand 1985 | Pasukan | |
Perak | Indonesia 1987 | Pasukan | |
Emas | Malaysia 1989 | Pasukan |