Monday, August 10, 2015

 Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia


Shirt badge/Association crest
Malaysia
GelaranHarimau Malaya
Harimau Malaysia
Skuad Kebangsaan
PersatuanPersatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Sub-konfederasiAFF (Asia Tenggara)
KonfederasiAFC (Asia)
Ketua jurulatihMalaysia Dollah Salleh
Penolong jurulatihReduan Abdullah
KaptenShukor Adan
Kaps terbanyakSoh Chin Aun (252)[1]
Penjaring terbanyakMokhtar Dahari (125)[2]
Stadium tuan rumahStadium Nasional Bukit Jalil
Kod FIFAMAS
Kedudukan FIFA162  4 (04 Jun 2015)
Kedudukan tertinggi FIFA75 (Ogos 1993)
Kedudukan terendah FIFA170 (April 2008)
Kedudukan Elo148
Kedudukan tertinggi Elo49 (14 Disember 1978)
Kedudukan terendah Elo169 (Oktober 2007)
Warna tuan rumah
warna pelawat
Antarabangsa pertama
Malaysia Malaya 2–3 Korea Selatan Bendera Korea Selatan
(Singapura; 13 April 1953)[3]
Kemenangan terbesar
Malaysia Malaya 15–1 Filipina Bendera Filipina
(JakartaIndonesia; 27 Ogos 1962)
Kekalahan terbesar
 Malaysia 2–8 New Zealand Bendera New Zealand
(Kuala LumpurMalaysia; 16 November 1967)

 Thailand 6–0 Malaysia Malaysia
(BangkokThailand; 1 Disember 1968)

 India 6–0 Malaysia Malaysia
(Singapura; 26 Ogos 1971)

 Maghribi 6–0 Malaysia Malaysia
(IngolstadtJerman; 31 Ogos 1972)

 China 7–1 Malaysia Malaysia
(BangkokThailand; 20 Disember 1978)

 Indonesia 6–0 Malaysia Malaysia
(B.S. BegawanBrunei; 2 Ogos 1999)

 Oman 6–0 Malaysia Malaysia
(SeebOman; 26 Mac 2015)

Malaysia Malaysia 0–6 Palestin Bendera Palestin
(Kuala LumpurMalaysia; 16 Jun 2015)
Piala Asia
Kemunculan3 (Kali pertama pada 1976)
Keputusan terbaikPusingan 119761980,2007
Piala AFF
Kemunculan10 (Kali pertama pada1996)
Keputusan terbaikJuara2010
Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya olehPersatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan bola sepak Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti kepada pasukan bola sepak Malaya yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia.Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF ASEAN, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010. Pasukan ini juga mencipta rekod terbaik kedua apabila bergelar naib juara Piala AFF Suzuki 2014 apabila tewas agregat 3-4 kepada Thailand.
Pasukan bola sepak Malaysia digelar Harimau MalayaHarimau Malaysia dan Skuad Kebangsaan. Gelaran Skuad Kebangsaantelah digunakan oleh media seperti New Straits Times dan Utusan sejak era 70-an.
Malaysia mempunyai ramai pemain ternama seperti pemain lagenda, Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari yang mengetuai Malaysia pada zaman keemasan semasa 1970-an hingga awal 1980-an. Sebelum itu, Raja Bola Malaysia, Abdul Ghani Minhat adalah pemain yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya pada 1950-an hingga awal 1960-an. Pada masa ini, Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol untuk Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina. Kemenangan 15-1 adalah rekod kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini. Untuk generasi terkini, Malaysia berjaya melahirkan 2 penjaga gol terbaik negara, iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) & Farizal Marlias. Manakala Malaysia berjaya melahirkan pemain tengah yang pakar dalam sepakan percuma, Safiq Rahim.
Di dalam Kedudukan Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah di dalam keluaran pertama perangkaan tersebut iaitu pada bulan Ogos 1993, pada tangga ke-75. Lawan utama Malaysia di pentas antarabangsa ialah negara jirannya, Indonesia dan Singapura, dan perlawanan-perlawanan sebelum ini di antara dua pasukan ini selalunya penuh dramatik.
Malaysia dan beberapa negara seperti Thailand adalah satu-satunya pasukan di pentas ASEAN yang tidak menggunakan pemain-pemain luar seperti Indonesia dan Singapura telah lakukan bagi pasukan kebangsaan mereka.
Dengan memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEANpasukan kebangsaan dikatakan adalah di antara pasukan yang paling berjaya di Asia Tenggara bersama-sama dengan Thailand,Singapura,Indonesia dan Vietnam. 

No comments:

Post a Comment